Wednesday 17 July 2013

Robot labah-labah

 Robot labah-labah
Peminat teknologi kejuruteraan tentu teruja dengan berita bahawa satu robot labah-labah bakal dijual lewat tahun ini.

“Jika anda tahu sesiapa yang takut kepada labah-labah, anda mungkin mahu usik mereka dengan T8 Spiderbot,” kata laman web teknologi Ubergizmo. 

Robot labah-labah berkenaan adalah hasil cetakan printer 3D dan dicipta dengan meniru cara labah-labah bergerak dengan menggunakan lapan kaki. 


Robot T8 Spiderbot ini dicipta oleh Robugtix. Bagi menggerakkan tubuhnya, T8 mempunyai 26 mesin ‘servo motor’ untuk tujuan itu.

Mesin berkenaan membantu T8 untuk bergerak seperti labah-labah asli yang boleh digunakan dalam apa jua keadaan termasuk dalam air.

Malah, pengendalian T8 cukup mudah kerana pengguna tak perlu memahami mengenai program dan teknik pergerakannya kerana mempunyai alat kawalan ‘XBee nirkabel.’
T8 dijangka mula dijual pada September depan dengan harga AS$1,350 (RM4,050) tetapi perlu membeli alat kawalannya yang berharga AS$85 (RM255).
Jika tidak mampu atau menganggapnya mahal, ada satu lagi robot labah-labah diberi nama ‘iitsii hexapod’ berkaki enam dan mula dijual pada bulan Ogos dengan harga AS$250 (RM750) satu. Labah-labah itu menandakan teknologi robot semakin baik.

No comments:

Post a Comment